124 motosikal disita, 639 saman dalam op samseng jalanan di Permatang Pauh
Polis menyita 124 motosikal dan mengeluarkan 639 saman dalam Op Motosikal Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Permatang Pauh berhampiran susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan, Butterworth, malam tadi. Lapan individu ditahan kerana memandu secara melulu dan berbahaya, manakala dua lagi ditahan atas kesalahan dadah. Polis mengenal pasti kawasan itu sebagai tumpuan penunggang motosikal untuk aktiviti lumba haram dan samseng jalanan pada hujung minggu.