Jenazah Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan di Seremban
Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, salah seorang daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, tiba di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban pada 4.20 petang. Jenazah disolatkan selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights.