Imigresen serbu Lebuh Pudu, 472 warga asing ditahan
Operasi Bersepadu Mega di Lebuh Pudu, Kuala Lumpur hari ini menahan 472 warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen sah selepas kira-kira 2,500 individu diperiksa. Operasi itu turut membongkar premis disyaki pusat pelacuran dan sebuah premis rawatan oleh doktor palsu. Semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.