Sarawak sedia bantu KKM perbaiki perkhidmatan selepas nahas Long Lellang
Kerajaan Sarawak bersedia membantu Kementerian Kesihatan memperbaiki penyampaian perkhidmatan kesihatan, termasuk Perkhidmatan Doktor Terbang, susulan nahas helikopter di Long Lellang. Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata bantuan itu bergantung kepada perbincangan dengan KKM dan penemuan siasatan rasmi. Beliau berkata demikian ketika hadir di majlis takziah jururawat Debra Moset di Kampung Semadang, Padawan.