Zhulkarnain adakan lawatan kerja ke Kaherah sempena 60 tahun hubungan diplomatik
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar) Zhulkarnain Abdul Rahim akan melakukan lawatan kerja ke Kaherah, Mesir, dari 14 hingga 15 September. Lawatan pengenalan itu menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Singapura-Mesir, dengan perbincangan tertumpu pada ekonomi, kesalinghubungan dan kemanusiaan.