Kementerian Kesihatan akan menilai semula semua kontrak Perkhidmatan Doktor Udara termasuk penggunaan helikopter, susulan nahas di Long Lellang, Sarawak yang mengorbankan empat kakitangan KKM dan seorang juruterbang. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Mahathar Abd Wahab berkata elaun RM30 setiap perjalanan petugas PDU turut disemak, sementara siasatan ke atas helikopter terbabit di bawah CAAM.