Operasi FDS Sarawak ditangguh, tunggu hasil siasatan nahas helikopter
Kementerian Kesihatan memaklumkan penangguhan sementara operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak akan bergantung kepada hasil siasatan rasmi berhubung nahas helikopter di Long Lellang. Penangguhan itu melibatkan tujuh pasukan yang memberi liputan kepada 85 lokaliti dengan kira-kira 14,830 penduduk pedalaman. KKM sedang menilai semula program perkhidmatan dan memaksimumkan pengangkutan darat serta air sebagai langkah alternatif.