Saifuddin sambut komitmen Umno kekal dalam kerajaan perpaduan
Saifuddin Nasution Ismail menyambut baik komitmen Umno untuk kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal, selepas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia selaras dengan memorandum persefahaman 2022 dan menyumbang kepada kestabilan politik serta pertumbuhan ekonomi. Saifuddin berkata demikian selepas melawat projek jalan Kampung Badlishah-Ayer Putih, Junjong di Kulim.