Bapa Kapten Zainol Afiq dedah jasa anak di pedalaman Sarawak
Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang, Seremban pada petang hari ini. Bapanya, Bee Sham Ahmad, berkata arwah amat disayangi penduduk pedalaman Sarawak kerana komited membawa perkhidmatan kesihatan melalui Perkhidmatan Doktor Udara. Keluarga menyerahkan siasatan punca nahas helikopter itu kepada pihak berkuasa.