Jenazah juruterbang Zainol Afiq dikebumikan di Seremban, penduduk pedalaman sayanginya
Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Seremban kira-kira jam 6 petang semalam selepas disolatkan di Masjid Bandar Baru Senawang. Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata arwah disayangi penduduk pedalaman pelbagai agama yang dibantunya melalui perkhidmatan Flying Doctor Services Kementerian Kesihatan.