Hassan Karim: Umno tak perlu tunggu disingkir, ada tiga pilihan cabar Anwar
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata Umno tidak perlu menunggu disingkirkan daripada kerajaan perpaduan jika mahu mencabar pentadbiran Anwar Ibrahim. Beliau menyenaraikan tiga pilihan: tarik balik sokongan ahli Parlimen Umno dan BN, menteri Umno letak jawatan, atau kemuka usul undi tidak percaya di Parlimen. Hassan menyifatkan cabaran Presiden Umno Zahid Hamidi supaya pengkritik menyingkirkan Umno sebagai tidak wajar.