SBA beri insentif kepada Genevie, Isyraf selepas kejayaan di Malaysia International Series
Persatuan Badminton Sarawak memberi insentif prestasi kepada Genevie Lim dan Isyraf Hafizin selepas kejayaan mereka di PETRONAS Malaysia International Series 2026. Genevie menerima RM2,000 selepas memenangi beregu campuran, manakala Isyraf menerima RM1,000 selepas menjadi naib juara beregu lelaki. Dua pemain muda Sarawak, Jared Foo dan Lucas Ho, turut menerima RM300 setiap seorang selepas naib juara di Piala Lee Chong Wei 2026.