Kedai runcit di Dengkil dirompak tiga lelaki bersenjata; dua ditahan, satu buron
Tiga perompak bertopeng keledar dan bersenjata parang merompak sebuah kedai runcit di Taman Delux, Dengkil, Sepang pada 12.24 tengah malam 9 Disember, melarikan wang tunai dari mesin daftar. Polis menahan dua suspek dan memburu seorang lagi, siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.