Pokok tua tumbang di Georgetown cedera tiga sekeluarga
Di Georgetown, Pulau Pinang, pokok angsana berusia kira-kira 90 tahun tumbang di Jalan Macalister pada 9 Ogos lalu, mencederakan tiga sekeluarga yang menaiki SUV. Sebelum itu pada 3 Julai, pokok berusia 130 tahun tumbang di Jalan Batu Gantung, Air Itam, menghempap dua rumah dan tiga kenderaan. Penduduk dan peniaga berharap pemeriksaan berkala pokok teduhan di sekitar bandar raya dijalankan demi keselamatan.