Masidi: Kepelbagaian makanan di Sabah bukti industri F&B berkembang
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kepelbagaian pilihan makanan dan restoran di Sabah menunjukkan industri makanan dan minuman negeri itu berkembang sihat serta berpotensi menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Beliau berkata demikian semasa merasmikan pembukaan Restoran Qahwa Alamesra di Kota Kinabalu, sambil menyeru pengusaha mengekalkan kualiti makanan dan perkhidmatan.