Sabah gesa mekanisme bersama negeri-persekutuan tangani isu pelancongan Semporna
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Maijol Mahap menggesa penyelarasan lebih rapat antara pihak negeri dan persekutuan bagi menangani isu keselamatan pelancong, kebersihan dan perkhidmatan pelancongan di Semporna. Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat di Kota Kinabalu oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man, termasuk cadangan memorandum bersama dan jawatankuasa bersepadu.