Seorang lelaki berusia 34 tahun di Serian, Sarawak kerugian RM11,800 selepas terpedaya dengan iklan penjualan kereta di Facebook. Mangsa membuat empat transaksi ke dua akaun berbeza sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.