Pemimpin PBM kata rakyat Sarawak mahu Abang Johari kekal Premier
Setiausaha agung Parti Bangsa Malaysia Munan Laja berkata majoriti rakyat Sarawak lebih suka Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Premier beberapa tahun lagi. Beliau mengulas kenyataan Abang Johari di Miri baru-baru ini bahawa tahun ini mungkin tahun terakhirnya dalam politik, dan berkata keputusan itu harus diserahkan kepada PBB.