Op trafik Kuching rampas 99 motosikal, 222 saman dikeluarkan
Polis trafik di Kuching merampas 99 motosikal dan mengeluarkan 222 saman dalam operasi sembilan setengah jam di Jalan Tun Sallehuddin. Seorang penunggang berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menggunakan plat nombor palsu, dan 208 individu serta 187 kenderaan diperiksa.