Bursa Malaysia dibuka rendah, KLCI turun 1.11 mata
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin dengan FBM KLCI turun 1.11 mata atau 0.06 peratus kepada 1,685.63, sejajar dengan prestasi lemah serantau. Pelabur asing kekal penjual bersih untuk minggu keempat berturut-turut di lapan pasaran Asia, dengan aliran keluar bersih US$4.52 bilion.