Jerebu berpanjangan boleh jejas kualiti sperma lelaki, kata pakar UKM
Pensyarah Kanan Biokimia UKM, Dr Faizul Jaafar, berkata pendedahan berpanjangan kepada jerebu boleh menjejaskan kualiti sperma dan kesuburan lelaki. Beliau menasihatkan orang ramai memantau bacaan IPU, terutama mereka yang bekerja di luar seperti penghantar makanan dan penunggang motosikal.