Lelaki maut tersepit dalam nahas lapan kenderaan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu
Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya tersepit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan dan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Kolam, Kota Kinabalu, kira-kira jam 6.10 pagi. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas KKM, dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.