Belanjawan 2027 di fasa akhir, libat urus hampir selesai
Penyediaan Belanjawan 2027 kini memasuki fasa akhir selepas siri jelajah libat urus di seluruh negara hampir selesai, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata cadangan daripada industri, NGO dan orang ramai akan dinilai untuk dimasukkan ke dalam belanjawan atau dikaji lanjut bersama kementerian berkaitan. Amir berkata demikian selepas melawat SMKA (P) AlMashoor di Georgetown, sebuah sekolah angkat TM di bawah inisiatif sekolah angkat Malaysia Madani.