Penduduk Orang Asli Pos Gob mahu dua jambatan besi siap sebelum musim tengkujuh
Lebih 1,000 penduduk Orang Asli suku Temiar di Pos Gob, Gua Musang, mendakwa pembinaan dua jambatan besi yang menjadi laluan utama ke penempatan mereka mengalami kelewatan. Projek yang bermula awal tahun ini dijangka siap Januari depan, tetapi penduduk bimbang jalan akan rosak dan berlumpur apabila musim tengkujuh tiba. ADUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata aduan itu dipandang serius dan beliau bersama kontraktor telah bertemu wakil penduduk.