Selangor kekal rentak kemenangan, Sabah tewas kepada DPMM
Selangor FC menewaskan KL City FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, menerusi gol A Selvan, Chrigor Moraes dan Eduardo Sosa. Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah FC tewas 1-2 kepada DPMM FC yang menjaringkan gol kemenangan melalui Jordan Murray.