KDN cadang naik kadar elaun Rela, bincang dengan MoF
Kementerian Dalam Negeri mencadangkan kenaikan kadar elaun upah setiap jam untuk anggota Rela kerana kadar semasa RM8 sejam didapati lebih rendah daripada gaji minimum. Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan supaya dapat dilaksanakan pada tahun kewangan terdekat, dan elaun sama turut diumumkan untuk anggota Relassis di institusi pengajian tinggi.