59 warga Indonesia ditahan dalam Ops Sapu di tiga lokasi sekitar Kuching
Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menahan 59 warga Indonesia dalam Ops Sapu di tiga lokasi sekitar Bandar raya Kuching dari 12 September hingga semalam. Seramai 92 individu diperiksa, dengan tahanan disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen di bawah Akta Imigresen 1959/63. Kesemua tahanan dibawa untuk tindakan lanjut.