Samun banglo King Albert Park: enam dipenjara
Enam lelaki dipenjarakan pada Isnin kerana samun bersenjata di sebuah banglo mewah di kawasan King Albert Park, Singapura pada 2024, membabitkan harta bernilai $4.9 juta. Kumpulan itu melarikan diri serta-merta dan membawa barang rampasan ke Malaysia. Suspek ketujuh masih bebas dan dipercayai berada di Thailand.