Social Chest dan Mandai Wildlife Group meterai kerjasama 50,000 tiket zoo percuma setahun
Satu perkongsian yang ditandatangani di Zoo Singapura pada Rabu (16 Sept) akan memberikan sehingga 50,000 tiket masuk percuma setahun kepada agensi perkhidmatan sosial, bernilai kira-kira $3 juta. Ia bertujuan membolehkan keluarga berpendapatan rendah meluangkan masa bersama dan mengeratkan ikatan keluarga.