Berita Penipuan & Scam di Balok Kuantan Pahang
-
Bekas pengurus besar syarikat hartanah direman dua hari kes salah guna kuasa
Seorang bekas pengurus besar sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah direman dua hari oleh SPRM bagi siasatan salah guna kedudukan meluluskan kenaikan pangkat, pelarasan gaji dan bonus tanpa ikut SOP. Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Shah Alam hari ini. Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
-
CEO Alam Maritim didakwa atas penipuan kadar sewa kapal, minta dibicarakan
Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menipu berhubung kadar sewa harian sebuah kapal. Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 18 November untuk sebutan kes.