Berita Agama di Bangunan Th
-
Persidangan Muslim Baharu 2026 di Kuala Lumpur bincang perpaduan negara
Persidangan Komuniti Muslim Baharu (NMCC) 2026 akan diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 13 September ini. Persidangan anjuran Yayasan Al Khadeem itu bertujuan membina dialog berasaskan kasih sayang dan hormat dalam membincangkan isu kaum dan identiti di Malaysia. Presiden AKF Sheikh Hussain Yee berkata mualaf mampu menjadi jambatan perpaduan kerana pengalaman hidup mereka merentasi kedua-dua belah jurang sosial.