Berita Jenayah Keganasan di Damansara Selangor
-
Bekas hakim parah diserang: taikun tekstil dan seorang lagi diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pemilik Gulati's Silk House, Pavitar Singh Manjeet Singh, dan Nor Imran Nordin membela diri atas pertuduhan bersubahat menyebabkan cedera parah terhadap bekas hakim Jagjit Singh Bant Singh. Serangan menggunakan pemutar skru itu berlaku berhampiran Solaris Dutamas pada 19 Okt 2023 dan dipercayai berpunca daripada perbalahan keluarga. Dua penyerang lain telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas rayuan pendakwaan.
-
Identiti mayat dalam parit masih belum dikenal pasti
Polis Sungai Buloh masih berusaha mengenal pasti mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh, ditemui di dalam parit di Kampung Baru Sungai Buloh pada Sabtu lalu. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan, dan pihak polis menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.