Identiti mayat dalam parit masih belum dikenal pasti
Polis Sungai Buloh masih berusaha mengenal pasti mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh, ditemui di dalam parit di Kampung Baru Sungai Buloh pada Sabtu lalu. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan, dan pihak polis menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.