Berita Aktiviti Penguatkuasaan Undang-Undang di Johor Premium Outlets Johor
-
Polis Kulai tembak tayar Myvi, pasangan kekasih ditahan
Polis Kulai melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Perodua Myvi selepas dua suspek merempuh anggota polis di Jalan Kenari, Bandar Putra, Kulai awal pagi semalam. Seorang anggota URB cedera ringan pada kaki, manakala pasangan lelaki dan wanita berusia 23 tahun itu ditahan dalam tempoh 24 jam di sekitar Bandar Putra dan Kluang. Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 332 dan 186 Kanun Keseksaan.
-
Imigresen Johor tahan 47 PATI dalam serbuan di Senai
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menahan 47 pendatang asing tanpa izin dalam serbuan ke atas kawasan kediaman di sekitar Senai, Kulai, pada 12.30 tengah malam. Mereka yang ditahan berusia 20 hingga 48 tahun dan terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh serta Indonesia yang tiada dokumen sah atau tinggal lebih masa. Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika.
-
Lori sama ditahan lagi di Johor, 2,500 liter diesel bersubsidi disita
KPDN Johor menahan sebuah lori di tapak pembinaan di Mukim Pulai, Iskandar Puteri, semalam kerana disyaki menyeleweng diesel bersubsidi. Lori yang sama sebelum ini pernah dikenakan tindakan atas kesalahan yang sama. Dua lelaki ditahan dan nilai rampasan dianggarkan RM33,075.