Berita Kesihatan di Kuala Kangsar
-
SPA isi lebih 1,000 daripada 1,400 kekosongan jururawat perkhidmatan awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengisi lebih 1,000 daripada 1,400 kekosongan jawatan jururawat dalam perkhidmatan awam, dengan temu duga terbuka dan walk-in digunakan untuk mempercepat pengambilan. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata usaha itu berterusan dan beberapa ratus jawatan lagi masih perlu diisi, dengan Penolong Pegawai Kesihatan Awam turut diberi keutamaan. Beliau berkata demikian di Kuala Kangsar selepas merasmikan majlis penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI SPA di Kampung Orang Asli Ulu Chenein.