Berita Pendidikan di Maeps Serdang
-
MICPA iktiraf Diploma Perakaunan KPTM Bangi
Diploma Perakaunan Kolej Poly-Tech Mara telah diiktiraf oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia, membuka laluan lebih jelas ke kelayakan CPA (Malaysia). Pengiktirafan dan kerjasama strategik antara KPTMSB dan MICPA dimeterai di Dewan Besar KPTM Bangi pada Rabu.
-
KPM akui dua teguran PISA 2025: buli siber dan sokongan ibu bapa
Kerajaan mengakui menerima dua teguran daripada laporan PISA 2025 iaitu isu buli siber dan sokongan ibu bapa terhadap pelajar. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penurunan skor Matematik dan penglibatan ibu bapa perlu diberi perhatian serius. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Kali Ke-51 di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
-
SMSS juara Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri ke-51
Di Cyberjaya, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) muncul juara Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri Kali Ke-51 selepas 17 tahun, menewaskan Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Sekolah Sultan Alam Shah pula menang kategori Bahasa Inggeris, dengan setiap johan membawa pulang RM51,000 dan pembahas terbaik RM2,000.