Berita Program Kerajaan di Mahkamah Majistret Johor Bahru Johor
-
Timbalan menteri gesa lelaki main peranan cegah keganasan rumah tangga
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata golongan lelaki perlu menjadi sebahagian daripada usaha menangani keganasan terhadap wanita, terutama keganasan rumah tangga. Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) dan Hari Terbuka PRISMANITA Negeri Johor 2026 di Johor Bahru. Beliau menegaskan usaha membanteras keganasan tidak boleh dilakukan secara bermusim sahaja.
-
Johor dahului Konvensyen RKB dengan 39 projek, potensi jimat RM81.9juta
Johor menjadi negeri pertama melaksanakan Konvensyen Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), dengan 39 projek daripada 17 jabatan dan agensi negeri dibentangkan di Johor Baru. Perbadanan Produktiviti Malaysia berkata projek itu berpotensi menjimatkan RM81.9 juta setahun melalui prosedur dipermudah dan teknologi termasuk AI.