Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata golongan lelaki perlu menjadi sebahagian daripada usaha menangani keganasan terhadap wanita, terutama keganasan rumah tangga. Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) dan Hari Terbuka PRISMANITA Negeri Johor 2026 di Johor Bahru. Beliau menegaskan usaha membanteras keganasan tidak boleh dilakukan secara bermusim sahaja.