Berita Jenayah Keganasan di Melaka Ghost Museum Jalan Kampung Hulu Melaka
-
Bekas pesara tentera bergelar Datuk didakwa cabul gadis kedi
Seorang pesara tentera bergelar Datuk, Yahya Hashim, 68, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang gadis kedi berusia 20 tahun. Kejadian itu didakwa berlaku di Padang Golf Tiara Melaka Golf & Country Club pada 25 Ogos lalu. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM2,500 dengan syarat tidak mengganggu mangsa.
-
Bekas komando dipenjara 4 bulan kerana menceroboh bilik bilal
Seorang bekas komando dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di Melaka kerana menceroboh bilik bilal sebuah masjid dan mencuri RM70 daripada tabung masjid. Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
-
Mengamuk dalam asrama, penghuni Tunas Bakti mengaku rosakkan harta
Seorang penghuni Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh berusia 18 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan khianat kerana merosakkan harta di asrama sekolah di Ayer Keroh. Mahkamah Majistret memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru untuk penilaian psikiatri sebelum hukuman dijatuhkan.