Bekas komando dipenjara 4 bulan kerana menceroboh bilik bilal
Seorang bekas komando dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di Melaka kerana menceroboh bilik bilal sebuah masjid dan mencuri RM70 daripada tabung masjid. Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.