Berita berhampiran Nanga Tutus
-
Ribut kencang rosakkan bumbung tiga rumah panjang di Bawang Assan
Ribut kencang dan hujan lebat melanda rumah panjang di Nanga Tutus, Bawang Assan, pagi ini, merosakkan bumbung dan kemudahan serta menjejaskan sembilan keluarga. Bahan binaan untuk membaiki bumbung diserahkan kepada keluarga terlibat selepas ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh meninjau lokasi bagi menilai kerosakan.
-
Buaya 580kg ditangkap di Batang Igan kerana ganggu pukat nelayan
Seekor buaya seberat 580kg dan sepanjang 4.32 meter ditangkap di kawasan Sebedil, Batang Igan, Sarawak, awal pagi Khamis. Operasi dilancarkan selepas penduduk mengadu reptilia itu mengganggu pukat mereka. Seorang pemburu berlesen dan Sarawak Forestry Corporation terlibat dalam operasi bersama itu.