Berita Kesihatan di Padawan Sarawak
-
Sarawak bawa isu kekurangan 5,000 petugas kesihatan ke JPA
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata 18 peratus jawatan dalam sektor kesihatan negeri, membabitkan lebih 5,000 jawatan, masih belum diisi. Isu itu telah dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibangkitkan dalam mesyuarat MA63, termasuk cadangan menubuhkan pasukan petugas khas untuk pengambilan tenaga kerja tempatan. Beliau berkata Sarawak akan terus mengejar autonomi kesihatan walaupun ia memerlukan pindaan kepada 41 undang-undang.
-
FDS kekal teras kesihatan luar bandar Sarawak, kata Dr Sim
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegaskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) akan terus dipertahankan sebagai komponen penting perkhidmatan kesihatan luar bandar Sarawak. Beliau berkata tragedi nahas helikopter FDS menjadi titik penilaian semula kaedah penyampaian perkhidmatan, dan kerajaan negeri menunggu laporan rasmi sebelum menentukan tindakan lanjut. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kediaman mendiang Debra Moset di Padawan hari ini.
-
SIDC sasar pelancaran suku ketiga 2027, mahu jadi hab kesiapsiagaan pandemik serantau
Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) menyasarkan pelancaran rasmi fasilitinya pada suku ketiga 2027, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof Dr Ivan Yap Kok Seng. Beliau berkata demikian pada Konferensi Antarabangsa Sarawak SHInE 2026 di Imperial Hotel, Kuching, yang dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Lima dokumen kerjasama strategik ditandatangani, termasuk dengan Institut Pasteur du Cambodge dan BIOTEC Thailand untuk penyelidikan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan pandemik serantau.