Berita Drugs & Narcotics di Pekan Tampin
-
Polis kait 'mangsa' culik i-City dengan bos dadah ditembak mati di Seremban
Polis percaya seorang lelaki yang diselamatkan daripada penculikan di i-City, Shah Alam pada Julai lalu dikaitkan dengan ketua sindiket dadah yang ditembak mati di Seremban. Lelaki itu kini ditahan selama 60 hari di bawah Akta Langkah-Langkah Khas Pencegahan Dadah Berbahaya 1985 sementara siasatan diteruskan.
-
Polis tembak mati ketua sindiket dadah dalam serbuan makmal haram di Seremban
Seorang lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai ketua sindiket pemprosesan dadah ditembak mati polis dalam serbuan di sebuah rumah di Garden Homes, Seremban 2, semalam. Polis merampas pelbagai bahan kimia dadah bernilai RM27.5 juta dan menahan dua lagi suspek dalam serbuan susulan di Seremban dan Kuala Lumpur.