Berita Kemalangan & Insiden Keselamatan di Peserai
-
Aktivis hak haiwan: isu anjing liar berpunca daripada kegagalan kerajaan
Seorang aktivis hak haiwan membidas gesaan supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap anjing liar, dengan berkata masalah itu berpunca daripada kegagalan kerajaan menguruskan pembuangan, pembiakan dan pelesenan haiwan. Beliau berkata demikian susulan kes seorang kanak-kanak perempuan dua tahun cedera parah selepas diserang lima ekor anjing liar di Sungai Kelambu, Johor pada 5 September lalu.
-
Penunggang motosikal maut dihempap lori terbabas di Jalan Johor Bahru-Melaka
Seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun maut selepas dihempap sebuah lori yang terbabas di Kilometer 116, Jalan Johor Bahru-Melaka, Batu Pahat, pagi semalam. Polis berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki, manakala pemandu lori mengalami kecederaan di punggung. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-
Keluarga nafi anjing yang serang Haira milik datuk mangsa
Keluarga seorang kanak-kanak perempuan yang diserang anjing liar di Peserai, Batu Pahat menafikan dakwaan bahawa haiwan itu milik datuk mangsa. Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. NGO Malaysian Dogs Deserve Better mendakwa mempunyai maklumat pemilik anjing terbabit dan akan membuat laporan polis.