Berita Pengajian Tinggi & Universiti di Sarawak General Hospital Kuching Sarawak
-
UNIMAS bawa kepakaran perubatan ke Kampung Bijuray Mogag, Bau
UNIMAS mahu ilmu dan kepakaran perubatannya dirasai terus oleh masyarakat, bukan hanya kecemerlangan akademik. Naib Canselor Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata demikian pada Program KHUAM KPT Prihatin Madani di Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mogag, Bau, hari ini. Program itu turut melibatkan Hospital Pengajar UNIMAS dan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia.
-
Bilangan pelajar Swinburne Sarawak naik 44% kepada 6,484 selepas skim pengajian percuma
Kampus Universiti Teknologi Swinburne Sarawak di Kuching menyaksikan peningkatan populasi pelajar sebanyak 44 peratus tahun ke tahun kepada 6,484 pada 2026, berikutan pelaksanaan Skim Pengajian Tinggi Percuma (FTES). Universiti itu berkata peningkatan tersebut telah dijangka dan diuruskan melalui pelaburan berterusan dalam kemudahan dan perkhidmatan sokongan, dengan 2,100 pelajar baharu FTES mendaftar tahun ini.