Lelaki dipenjara tiga bulan, didenda RM400 kerana menyamar pegawai SPRM
Seorang lelaki menganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mahkamah menjatuhkan hukuman selepas lelaki itu mengaku bersalah.