Berita berhampiran Sungai Kelambu
-
Radzi Jidin mahu pelan menyeluruh atasi anjing liar, mula di Putrajaya
Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin menggesa kerajaan menyediakan pelan tindakan bersepadu untuk membasmi masalah anjing liar di seluruh negara, bermula dengan Putrajaya sebagai model bandar bebas anjing liar. Gesaan itu dibuat selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera parah diserang sekumpulan anjing liar di Sungai Kelambu, Batu Pahat, Johor, Sabtu lalu. Kerajaan negeri Johor telah melancarkan operasi besar-besaran menangkap anjing liar di Batu Pahat dan akan diperluas ke semua daerah.