Berita Alam Sekitar di Wangsa Maju Kuala Lumpur
-
Zoo Negara nafi abai keselamatan haiwan ketika banjir kilat
Zoo Negara menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan keselamatan haiwan ketika banjir kilat dua hari lalu. Timbalan Presidennya, Datuk Rosly Lana, berkata limpahan air Sungai Pandan dan Sungai Kemensah menyebabkan paras air naik sehingga 1.2 meter, tetapi tiada haiwan cedera atau mati dan kandang sudah dibersihkan.
-
Muzium Sejarah Alam dan Aquaria KLCC lancar kempen Hidden Wonders of Malaysia
Kempen 'The Hidden Wonders of Malaysia' dilancarkan hari ini hasil kerjasama Jabatan Muzium Malaysia melalui Muzium Sejarah Alam dan Aquaria KLCC. Pameran tiga bulan itu menggabungkan spesimen sejarah alam terpelihara dengan hidupan marin hidup untuk meningkatkan kesedaran pemuliharaan biodiversiti. Ia turut menyokong persiapan pembangunan Muzium Sejarah Alam pertama Malaysia.