Polis Kemaman tahan lelaki disyaki hina institusi diraja dan kerajaan di Facebook
Polis di Kemaman, Terengganu, menahan seorang lelaki kerana disyaki membuat hantaran berunsur hasutan dan menghina institusi diraja serta kerajaan di Facebook. Penahanan itu disahkan oleh ketua polis daerah. Kes disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.