Jerebu: Enam kawasan di Sarawak catat bacaan API berbahaya setakat 8 pagi
Setakat 8 pagi ini, enam kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) pada tahap berbahaya akibat jerebu, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi pada 408. Beberapa kawasan lain di Sarawak dan Sabah mencatat bacaan sangat tidak sihat atau tidak sihat, manakala 48 kawasan di seluruh negara mencatat kualiti udara sederhana.